Wednesday, 19 August 2015

CakLemPong Troupe



Manis berkawan bila kau tahu mengalah, tahu memberi tanpa memberitahu dan mampu sebut nama seorang seorang dalam sujud. Adat bila ada yang terasa tapi selalulah memaafkan. Moga kita "besar" dalam setiap langkah.


Line up CakLemPong Troupe:

Captain_Kucai_Emosi_Chantek_SokSek_Adek Retis_Donut_Shaff_Nasi Arab


















video


I present to you #CLPRaya2015 sweet teasure

*hand made by donut and the geng*



Kawan, teman kalau boleh cari yang mampu ingat kita bila dia dalam sujud. Moga tuhan lindungi semuanya. Moga tuhan rahmati semuanya. Selamat Semuanya =)

Friday, 3 April 2015

NILAI KEMANUSIAAN


Dekat Malaysia ni sebenarnya banyak lagi orang yang sangat memerlukan bantuan. Harga naik macam macam, cukai itu ini pun ada yang masih support. Bukan nak bash, tapi bacalah dulu.
Ada struggle hari hari untuk survivekan family mereka. Ni bukan drama dalam tv tapi realiti Malaysia yang kau boleh cari. Ada yang nak isi minyak moto RM 1 je mampu. Duit lain untuk benda lain. Minyak tetap kena isi sebab nak gerakkan moto kapcai yang satu satunya kenderaan yang ada.

Mungkin salah mereka jadi miskin. Siapa suruh bodoh masa zaman muda muda. Kalau kuat usaha mesti dah senang sekarang. Siapa suruh gatal kahwin. Anak dah ramai baru nak susahkan orang lain.
Moga yang berkata seperti  ini dirawat hatinya dan kurangkan menghukum orang lain. Yang kuat menghukum ini, moga pengajaran datang dan buka minda tentang realiti kesusahan menahan hukum manusia.

Bila ada orang volunteer nak perjuang hak rakyat awak caci. Tiada yang mahu perjuang pun awak juga merungut. Bila terkena pada muka, baru tahu nak dalil, mahu ungkit segala sejarah.

Bantulah orang orang yang sangat sangat memerlukan. Mereka juga manusia, ada maruah, cuma bukan maruah yang direndahkan, tetapi hati  mereka ada yang kuat memikirkan nasib anak anak atau adik adik. Kadang kadang manusia itu  sendiri yang sering meragut sesama mereka. Yang lemah harus terus tabah dan yang kuat terus jadi maharaja.

Monday, 30 March 2015

BERTENANGLAH



"Menuntut ilmu kerana Allah adalah bukti ketundukan pada-Nya. Mempelajarinya dari seorang guru adalah ibadah. Melangkah menuju majelisnya adalah pembuka jalan surga. Duduk di tengah kajianya adalah taman Firdaus. Membahasnya adalah bagian dari jihad. Mengajarkannya adalah tasbih. Menyampaikannya kepada orang yang tidak tahu adalah shadaqah. Mencurahkannya kepada orang yang berhak menerimanya adalah qurbah"
(Mu'adz ibn Jabal Radhiyallahu 'Anhu)


Wednesday, 22 October 2014

PERCAYA


Percaya.

Percaya ni macam gelas. Sekali dah pecah pakai lah gam apa pun, akan nampak kesan lekat tu. Takkan sama bentuk dengan yang sebelum ni, takkan cantik seperti sebelum ni.

Berusaha lah banyak mana pun, orang akan lupa benda baik yang kau buat. Manusia ni ego tinggi melangit! Susah memaafkan, betul-betul memaafkan. Takde peluang lepas kau rosakkan. Ingat lah "percaya" ni mcm talian hayat, semua orang ada satu je. Sekali kau rosakkan, sampai akhir hayat orang tak mungkin lupa.

Jagalah peluang yang ada dengan hati-hati, memang manusia tak sempurna. Memang bibir masyarakat akan bicara manusia tak sempurna. Tapi sifat manusia berharap kau sempurna, jangan buat salah. Mereka takkan percaya lepas kau rosakkan, takkan percaya walau kau mangsa keadaan. Percayalah, ini dunia. Dunia. Orang mencatat yang buruk, hanya melihat yang baik.


Tuesday, 14 October 2014

"Terima kasih bang, i love U"


Tempat : Masjid negara

Masa : 10.30 pm

"Terima kasih bang, i love u" sentap jugak lepas dengar kata-kata tu.

Kiteorg team the nasi lemak project ada bagi makanan dekat homeless area masjid negara. Datanglah seorang buruh ni dalam umur 50 an dengan pakai baju hijau light, yang buruh-buruh kasar selalu pakai tu. "bang, boleh amik makanan lebih tak? kawan saya ada dekat sana tu,  malu nak dtg." Takkan lah nak cakap tak boleh, aku pun siap tolong bawak 6 bungkus pergi bawah fly over tu sebab tak cukup tangan bro tu.

Bila sampai dekat bawah tu, ada bulatan, kawan-kawan bro tu ada 6 orang tengah gembur tanah nak tanam pokok. Semua melayu, islam lagi. Yang tolong amikkan makanan tadi orang bangla, fasih ckp melayu. Dia ingat kawan-kawan dia yang bawah jambatan tu even bukan satu bangsa dengan dia. Indah kan islam?

Lepas bagi makanan semua cakap terima kasih, siap lambai-lambai lagi time nak balik.
"Terima kasih bang, i love u." jerit bro yg tolong amikkan makanan tadi.

Feed the homeless, jangan biarkan mereka terus hidup di jalanan.

"Siapa yang tidak menyayangi, maka dia tidak akan disayangi. Sayangilah yang ada di bumi, nescaya yang di langit akan menyayangi kamu" (Riwayat al-Tarmizi)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...